Monday, 27 April 2015

Perasaan

Terasa jiwang bila terdengar perkataan 'perasaan' ini.
Terasa lain semacam pulak bila menulis atau menjadikan 'perasaan' ini sebagai isu.
Terasa awkward pulak diri ini untuk menghuraikannya.

Adakah perasaan ini soal cinta?
Ataukah soal rindu? marah? sedih? gembira? dan yang seangkatan dengannya?

Tidak. Sekali kali tidak!
Bukan hal seumpama itu yang ingin daku luahkan padamu. Pengsan.

Ok, sila serius mendengarnya.
(membetulkan kedudukan badan....)

Ada sesuatu yang selama ini kita lupa tentang perasaan.
Ada sesuatu yang selama ini kita abaikan tentang perasaan.
Dan ada sesuatu yang selama ini kita mungkin langsung tak tahu menahu akan hakikat perasaan.

Nah, inilah yang aku dapat daripada seseorang yang hebat akan perihal perasaan ini!

"Menurut kamu, apa kekurangan yang sering menimpa seseorang yang ditarbiyah?"

Krik krik krik krik krik ............

"Hmmm...sebenarnya kekurangan itu adalah perasaan."

Ketika itu, aku. Terkapai kapai di awang-awangan. Kosong. Tak faham akan maksud butir bicaranya. Kerut kerut pada dahiku menyampaikan signal kepadanya bahawa aku langsung tak memahami maksud kata katanya.

Lalu, dia memahami ketidakfahamanku. (sempat juga dia menarik nafas dalam dalam sebelum mula berbicara semula...)

"Ya sahabatku sayang, apa yang tersirat lagi pada ayat itu? Bukankah ia sudah terlalu jelas untuk kita fahami? Baiklah, mungkin kamu belum dapat catch up lagi. Tak pa deh, InshaAllah. Kekurangan orang yang ditarbiyah adalah perasaan. Kenapa? Kerna kita melakukan 'kerja' tanpa perasaan. Kerja kerja sebagai hamba Allah, kita laksana tanpa perasaan atau lebih familiar sebagai ruh. Kita miskin perasaan/ruh....................................."

Panjang lebar penjelasan sahabat itu. Aku mengangguk tanda faham.

Sini, aku cuba huraikan hakikat 'perasaan' yang aku fahami.

Miskin ruh dan perasaan. Reflek kembali amal-amal atau kerja-kerja yang kita buat sebelum ini.
Perasaan itu bermula pada hati bukan? Bagaimana dengan amal kita? Apakah dengan amal itu kita dikatakan mulia? atau dilabel mukmin? atau juga disebut sebagai orang yang mutaqarrobun?

Mungkin ada yang menjawab tidak.
Mungkin ada juga yang membidasnya dengan berkata, "ehh, bukankah amal itu mendekatkan kepada Allah? Kenapa pulak tidak dikatakan sebagai orang mutaqarrobun?"

Apapun jawapan kalian, inshaAllah aku cuba mempertahankan kefahamanku.

Ya, memang dengan amal itu kita dekat dengan Allah.
Ya, memang orang yang beramal ini mukmin dan mulia.

Tapi apakah neraca yang menentukan kedekatan, kemukminan atau kemuliaan seseorang?

Sungguh neraca itu hanya ada pada Allah!

Ada hadis sahih yang berbunyi ;

"Dari Amirul Mukminin Abi Hafs Umar al-Khattab r.a berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat tiap-tiap yang diniatkannya. Maka, barangsiapa yang hijrah nya kepada Allah dan Rasul maka hijrahnya akan tertuju kepada Allah dan Rasul. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya akan tertuju kepada apa yang diniatkannya."

Segala-galanya bermula dengan niat. Dan niat ini sangat berkait rapat dengan perasaan.

Tajdid niat selalu.

Ayat ini sudah sangat famous dalam kebanyakan lautan manusia.

Mungkin kita tahu maksud 'tajdid niat' itu tapi apakah perkara yang sebenar benarnya kita faham tentangnya?
Ohh, cuma sekadar bicara semata ke? Aliran darah mengalir dengan sangat laju.

Di sini silap kita, tidak meneliti sesuatu perkara dengan sebaiknya. Ini hadis kot, takkan tak ambil tahu sedalamnya. Kita kena tahu namun bukan sekadar tahu tapi faham dan amal!

Tak payah beralasan kerna kurang tahu mengenai hal ini. Kita adalah Muslim dan sepatutnya perkara ini sudah settle sebaiknya. Biiznillah.

Teringat peristiwa baru baru ini, seorang kawan bertanya kepadaku perihal 'COC' dan aku menjawab "tak tahu." Sebabnya memang aku tak tahu. Dia lantas berkata dengan nada sedikit geram, "ya Rabbi, kau tak tahu? sepatutnya kau tahu, kita ini remaja moden kena tahu akan hal-hal ini."
Aku terpaku akan jawapannya dan kecewa. Woooo..hebat.(nada menyindir) 
Jadi soal agama? Bukankah hal agama yang sepatutnya kita tahu sebagai seorang Muslim???

Eh, berbalik kepada soal niat. Sebenarnya penghuraian tentang 'perasaan' ini ringkas ja. Cuma aku banyak sangat selingan-selingan.

(membetulkan lagi kedudukan badan...)

Niat ini harus benar. Kerna segala amalan bermula dengan niat. Dan kita akan mendapat balasan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

Maka dengan itu, bila niat kita benar Lillah Ta'ala, inshaAllah amal amal kita akan diterima oleh Allah dan barulah balasan baik dunia dan akhirat kita peroleh.
Balasan dunia itu adalah apabila kita merasa sentiasa dekat dengan Allah dan Allah pandang kita sebagai mutiara terindah pada setiap pemerhatianNya terhadap sekalian hamba.
Balasan akhirat itu inshaAllah adalah sorga, namun yang utama adalah rahmat keampunan daripada Allah itu sendiri.
Maka di sini, barulah amal amal dengan niat yang benar Lillah itu membuahkan kedekatan kepada Allah.

Jauhnya menyimpang daripada persoalan 'perasaan'. hihihi

Perasaan yang aku maksudkan adalah rasa rasa yang sensitif terhadap sesuatu.
Sebagai orang yang ditarbiyah, kena sentiasa hadir rasa rasa sensitif ini untuk peningkatan iman dan akhlak Islamiyyah pada diri sendiri. Saat mentadabbur ayat-ayat Allah, bila perasaan dihadirkan pasti bergegarlah hatinya dan bertambah lah imannya.

Firman Allah dalam surah Al-Anfal ;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka bertawakal." [Al-Anfal 8:2]

Saat tadabbur alam ciptaNya, pasti dirasai akan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNya.
Juga saat melihat kemaksiatan pada manusia, pasti bergelojak lah kekecewaan dan kesedihan dalam hatinya.
Dan pada saat musuh-musuh Islam semakin gah menyerang fizikal dan mental kita, kita akan mulai bermuhasabah, sedar dan inshaAllah bermujahadah untuk bangkit semula.

Semua itu kerna adanya sebuah perasaan iaitu rasa rasa yang sensitif.
Dan rasa rasa ini akan lahir dan bercambah apabila kita sentiasa dekat dengan Allah yang Esa.
Namun kedekatan dengan Allah itu adalah dengan terserlahnya amal pada niat yang benar Lillah iaitu ikhlas kerana Allah semata. InshaAllah.
Hadirkan sebuah perasaan.
Untuk sentiasa melaju pada jalan mehnah tarbawi ini.

WaAllahu'alam.

Lillah.

Saturday, 25 April 2015

Ittiba' ar-rasul bil kaffah!

Jalan tarbiyah dan dakwah yang dikau lalui penuh tribulasi dan mehnah.


Kerna cinta yang benar,
tekad tetap diteruskan.
Kerna kasih yang berpanjangan,
langkah tetap diayunkan.
Kerna rindu yang tak tertahankan,
Perjalanan duri-duri dihadapi dengan penuh tadhiyyah dan keikhlasan.

Ajaib!
Ya Rasul,
cinta dan pengorbananmu.

Meski saban tahun ku tahu ada tanda lahir mu pada tarikh itu,
Namun ia tetap sama!
Tidak akan mengubah kehendak-Nya.

Sungguh dikau telah meninggalkan kami.
Namun, ku tahu dikau tetap menanti di pintu sorga.
Bi iznillah.

Ya Rasul,
hanya insan yang benar kenal dirimu,
hanya insan yang benar cinta kepadamu.

Akan mencurahkan air mata tangisan kerana rindu.
Akan memenuhi waktunya untuk mengikuti segala sunnahmu.
Akan berkorban harta dan jiwa pada jalan dakwah yang dimulai olehmu.

Kerna itulah tanda mahupun bukti cinta yang sesungguhnya!
Sentiasa rindu akan dirimu.
Sentiasa kasih dan cinta kepadamu.

Dan juga mengikuti mu pada segala bentuk cara/gaya penghidupan,

Etika jiwa,
Etika bicara,
Etika gerak kerja,
Dan, pada segala-galanya.

Kerna cinta yang sebenar.
Akan terbukti pada akhirnya.
Nun di akhirat sana.

Maka, ikutilah cara Rasulullah SAW secara keseluruhannya.

Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, itulah CINTA.

Lillah.

Permulaan


Setiap yang hidup pasti merasai kematian .
Sebelum tiba waktu yang dijanjikan Allah itu , berbuatlah sehabis baik. 
Kerana kita tak pernah tahu bila kotak kita berakhir .

Ya , 
jalan ini bukannya mudah . Aku akui , 
Namun , disebalik jalan yang berliku ini , 
Allah menjanjikan suatu benda yang kebahagiaannya kekal abadi .
Syurga itu sendiri .

Syurga itu pula bukan calang-calang syurga.
Tapi Jannatul Firdaus itu sendiri ! 
Syurga yang paling atas tingkatannya .
Bahkan , kita akan bersama Rasulullah itu sendiri .
Allahu rabb .

Secara logik akalnya, 
perkara yang paling seronok dan yang kita suka itu bukanlah mudah untuk digapai .
Pasti ada sahaja rintangannya .
Begitulah juga dengan dakwah . 
Tiada hamparan karpet merah,

Pilihlah sama ada kau mahu jadi penonton ataupun mahu turut bermain sama.
Apakah kau rasa perasaan penonton dan pemain itu sama ?
fikir-fikirkanlah !
Sunatullah itu islam pasti menang ,
UA itu pasti !
itu janji Allah .